Bapa catat perkembangan anak sejak lahir buat netizen terharu

PETALING JAYA – Tindakan seorang bapa mencatatkan perkembangan anak lelakinya sejak lahir menyentuh hati netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok Ismiifurqan, bapanya akan menulis setiap perkembangan anaknya itu yang dikenali sebagai Naufal sejak dilahirkan pada tahun 2006.

Melalui beberapa keping gambar buku catatan bapanya, antara yang dicatatkan adalah kali pertama Naufal dilahirkan, pertama kali mendengar arahan dan pertama kali anaknya terkena demam campak.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna berasa terharu dan menyifatkan bapa lelaki itu seorang yang penyayang.

“Semoga saya dapat jodoh suami begini, ‘family ‘man. Ayah yang baik kepada anak saya kelak,” kata Syazni.

“Betullah kan, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa,” kata Kmily.

“Ayah yang sangat menghargai momen-momen dengan anaknya ya. Tahniah awak, sangat beruntung memiliki ayah sepertinya,” kata Sweetie.

“Teringinnya nak merasa ayah nampak kita berjalan buat kali pertama, tapi tak sempat berjalan dia dah tinggalkan kita,” kata Syafiqah.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*