“Apa hak kau…” Cemburu bekas isteri ada buah hati lain, lelaki nekad bakar 34 motosikal

“Apa hak kau…” Cemburu bekas isteri ada buah hati lain, lelaki nekad bakar 34 motosikal.

Gara-gara cemburu terhadap bekas isteri yang mempunyai kekasih baru, seorang lelaki telah bertindak membakar motosikal milik mangsa yang diparkir di bawah sebuah PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, kelmarin.

Lelaki bersama dua rakannya telah membakar motosikal mangsa dan telah menyebabkan 34 buah milik penduduk yang lain turut hangus terbakar.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar yang telah bertindak atas maklumat dan telah menggerakkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) untuk membuat risikan dan tangkapan.

Semakan mendapati kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

Perbuatan itu yang bermotifkan cemburu itu telah menyebabkan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 12 Julai ini bagi tujuan membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*