Apa dosa anak saya? Hancur hati tengok anak 3 bulan luka dicakar…
Kita boleh bertolak ansur dalam banyak perkara namun bukan soal keselamatan dan kebajikan anak.
Seperti yang dilalui sepasang suami isteri ini, mereka berdepan mimpi ngeri apabila menerima berita bayi berusia tiga bulan cedera di bahagian muka dan perut ketika berada di rumah pengasuh.
Ujar si isteri, Nurul Nur Syamira, 27, dia dan suami yang sedang bekerja pada ketika itu terus bergegas ke rumah asuhan kanak-kanak di Langkawi, Kedah bagi melihat sendiri keadaan anak kedua mereka, Ayden Danielle.
“Saya terpaksa hantar kedua-dua orang anak dekat pengasuh sebab kena keluar cari rezeki. Tapi tak sangka pada hari keempat, anak saya yang nombor dua tu sudah kena cakar dengan kanak-kanak lain yang lebih besar.
“Lepas dapat tahu anak kena cakar menerusi WhatsApp, saya terus balik naik motor dalam hujan dan pergi ke sebuah klinik kerajaan. Pihak klinik terus hubungi polis dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) takut ada unsur penderaan.
“Ayeden kemudiannya ditahan di hospital selama tiga hari dan pihak polis buat siasatan membabitkan pihak pengasuh dan saya sendiri. Memang tiada sebarang penderaan cuma persoalannya kuat betul budak setahun enam bulan tu cakar,” ujarnya.
Jelas Nurul Nur Syamira yang lebih mesra disapa Myra, insiden yang berlaku pada Disember 2022 itu cukup memberikan kepada mereka sekeluarga.
Katanya yang sebelum ini bekerja di sebuah hotel di Langkawi, kisah hitam yang dilalui membuatkan dia nekad untuk berhenti kerja dan membesarkan sendiri kedua-dua anaknya.
“Atas nasihat doktor saya kembali bekerja, lagipun saya nak ajar dia bersedia untuk sesi persekolahan nanti”
“Apabila tengok anak terbaring dekat katil hospital buat saya rasa sayu sangat. Rasa seperti saya ni sudah gagal dan tak layak untuk menjadi seorang ibu.
“Lebih sedih apabila kejadian itu meninggalkan trauma kepada Ayden. Dia banyak menangis dan tak nak didekati orang lain selain saya.
“Saya tak sanggup tengok anak asyik merengek, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan pindah semula duduk di Sungai Petani jaga anak,” katanya.
Kini Ayden sudah berusia setahun dan lima bulan, keadaannya juga semakin baik serta sudah mudah didekati mana-mana individu.
Perkembangan itu membuatkan Myra mengambil keputusan untuk menghantar Aydeen dan abangnya, Adam ke rumah ibu saudara mereka untuk diasuh setelah dia kembali bekerja.
“Sekarang adik saya yang jaga anak-anak. Setahun sudah berlalu lepas kejadian tu tapi masih melekat dalam diri saya. Rasa takut dan trauma yang sama tetap ada.
“Masa kejadian tu anak saya baru berusia tiga bulan. Walaupun anak saya sudah besar sekarang tapi dia masih tak boleh nak dekati orang lain. Dia tetap nak ada dengan saya setiap masa.
“Tapi atas nasihat doktor, saya kembali bekerja semula. Lagipun saya nak ajar dia bersedia untuk sesi persekolahan nanti. Tapi sebenarnya ada hikmah juga apabila anak saya jadi takut dengan orang tak dikenali,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply