Anwar ke Kelantan esok tinjau keadaan banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Kelantan esok, bagi meninjau bencana banjir di negeri itu.

Menurut Perdana Menteri, keadaan banjir di Kelantan semakin membimbangkan.

“Insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana.

“Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Esok, Anwar turut diijadual mendengar taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kerajaan negeri berkenaan banjir di negeri itu.

Ia bagi mendapatkan gambaran semasa berkenaan kesiapsiagaan aset dan operasi menyelamat serta bentuk bantuan segera kepada mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang tertinggi melibatkan 17,466 orang dan daerah terjejas teruk termasuk Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah serta Gua Musang.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*