Anak ugut bunuh ibu selepas ada hubungan lelaki lain

Tidak puas hati kerana mengesyaki ibu menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapa, seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap wanita itu, dalam kejadian di Taman Perindustrian Puchong Utama.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian pada 1 tengah hari Selasa, suspek pergi ke kedai ibunya lalu memarahi serta memukul muka mangsa menggunakan sekeping fail, sebelum mengugut mahu membunuhnya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan polis yang dibuat ibunya yang berusia 58 tahun, polis menahan suspek pada 11.30 malam pada hari sama.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin dan mempunyai 15 rekod jenayah lampau,” katanya, lapor Bernama.

Suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Anak ugut bunuh ibu selepas ada hubungan lelaki lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*