Akibat gagal bayar hutang, lelaki diperkosa pengedar dadah

Akibat gagal bayar hutang, lelaki diperkosa pengedar dadah.

Seorang lelaki dari Isle of Man diperkosa seorang pengedar dadah sebagai hukuman atas kegagalannya untuk membayar hutang berjumlah £500 (RM2,759), lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Mangsa berusia 22 tahun itu mengalami serangan seksual tersebut di pulau yang dikawal oleh ahli-ahli kumpulan penjahat yang sering memanipulasi golongan muda bagi aktiviti pengedaran dadah.

Sebuah kereta dirampas polis kerana disyaki terlibat dalam jenayah dadah di Isle of Man. – Isle of Man Constabulary

Butiran mengenai kes tersebut dikongsikan ketika sesi perbahasan di Parlimen Isle of Man, yang mendedahkan bahawa kumpulan-kumpulan dari Liverpool dan Merseyside di England menjadi ancaman terbesar buat masyarakat pulau itu.

Turut baca

Ahli Majlis Perundangan, Tanya August-Hanson mengesahkan kejadian tersebut sambil menambah bahawa suspek tidak didakwa oleh undang-undang kerana mangsa enggan memberikan kerjasama.

“Ya, seorang lelaki berusia 22 tahun dirogol oleh lelaki lain berumur 30 tahun disebabkan mangsa gagal membayar hutang yang berjumlah kurang £500 (RM2,759),” katanya.

Sementara itu, Ketua Konstabel dari Pasukan Konstabel Isle of Man, Gary Roberts berkata, keganasan itu berlaku akibat daripada keadaan ekonomi dadah di pulau itu yang disokong oleh kumpulan-kumpulan dari Merseyside.

“Kes rogol seumpama itu adalah situasi yang sering berlaku disebabkan oleh hutang dadah.

“Ia tidak berlaku kepada sebahagian kawasan di pulau ini sahaja. Keluarga-keluarga dari kelas pertengahan pernah mengalami isu-isu seperti ini.

“Kumpulan-kumpulan yang dikenali di Merseyside akan memanipulasi penjenayah di Isle of Man untuk menjual dadah bagi pihak mereka,” jelasnya.

Tambah Roberts, kumpulan-kumpulan dari Merseyside adalah antara yang paling ‘hebat’ di Britain.

“Saya sudah berada dalam bidang polis ini selama berpuluh-puluh tahun dan saya tahu bahawa di luar London, Merseyside sentiasa menjadi pusat perdagangan dadah,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*