“Ajak pergi sembahyang je pun…” Alif Satar seru tidak politikkan kempen Geng Subuh Macam Jumaat

“Ajak pergi sembahyang je pun…” Alif Satar seru tidak politikkan kempen Geng Subuh Macam Jumaat.

Susulan kejayaan kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dimulakannya, selebriti Alif Satar berharap perkara tersebut tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

Kata Alif, 34, usaha yang dilakukan bagi menyemarakkan lagi tuntutan kewajiban menunaikan seruan Tuhan bukan bertujuan meraih pujian.

“Benda ajak pergi sembahyang. Bukan sesuatu yang tiada orang boleh ‘claim’ (tuntut).

“Perkara ini adalah tuntutan agama yang mana wajib pergi solat.

“Terpulang kepada awak, Allah lebih mengetahui. Janji mai (datang) solat di masjid,” katanya kepada Kosmo! Online semasa pelancaran duta Hadramawt Kitchen hari ini.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Muhammad Alif Mohd. Satar itu menjelaskan, masjid adalah tempat komuniti berkumpul tidak kira agama selain enggan peduli dengan fahaman politik setiap individu.

“Orang setuju solat Subuh di masjid. Asalkan, kita mahu kekalkan kesucian.

“Komuniti masjid adalah tempat untuk orang datang. Bukan orang Islam pun datang.

“Agama kita (Islam) agama cinta. Tiada racism (fahaman perkauman). Tidak kisah politik apa tetapi semua orang datang Subuh,” jelasnya.

Sejak mencetuskan misi Geng Subuh Macam Jumaat, banyak pihak mula menyahut kempen tersebut dan berkongsi foto hadir ke masjid menunaikan solat subuh.

Bukan peminat sahaja, golongan selebriti juga menyokong inisiatif Alif termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Beto Kusyairy.

Lebih menarik, kempen tersebut turut meluas sehingga ke negara luar seperti Singapura, Brunei dan Dubai.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*