{VIDEO} “Turut kedengaran jerit kesakitan…” Padah berpakaian ‘terbelah’ ketika ‘live’, remaja pengsan dipukul bapa

“Turut kedengaran jerit kesakitan…” Padah berpakaian ‘terbelah’ ketika ‘live’, remaja pengsan dipukul bapa.

Padah membuat siaran langsung tanpa menutup aurat, seorang remaja perempuan dipukul ayahnya sendiri sehingga pengsan.

Video tersebut turut tular dan dimuat naik di aplikasi X (Twitter) @AzzatAlsaalem pada Selasa.

“Seorang remaja wanita Muslim dipukul oleh ayahnya ketika bersiaran secara langsung di media sosial.

“Difahamkan, punca remaja tersebut dipukul kerana berpakaian moden tanpa menggunakan hijab dan niqab.

“Mangsa dipukul bertubi-tubi sehingga pengsan,” ciapnya.

Dalam video berdurasi 15 saat berkenaan, kelihatan seorang wanita dipercayai ibu mangsa cuba menghalang lelaki itu daripada terus memukul anaknya di sebuah ruang tamu.

Turut kedengaran, remaja berkenaan menjerit kesakitan.

Lelaki itu dilihat terus memukul anaknya sehingga pengsan sebelum beredar daripada ruang tamu tersebut.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Video itu juga telah mendapat 1.1 juta tontonan setakat ini. Pada masa sama, tidak dapat dipastikan keadaan remaja berkenaan selepas dipukul bapanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*