Agus dedah identiti ‘Mr H’

Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff hari ini mendedahkan identiti Mr H kepada polis.

Bagaimanapun dia tetap membungkam apabila diasak oleh wartawan selepas merakamkan kenyataannya di ibu pejabat polis daerah Kajang hari ini.

“Soalan berkaitan siasatan, yang jelas saya telah dedah siapa Mr H (kepada polis),” katanya kepada pemberita.

Minggu lalu, video Agus dan penolong pegawai J-Kom Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang didakwa “bersembang lucah” antara satu sama lain dan video rakaman itu menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, kedua-dua mereka menafikan terlibat dalam perbualan lucah dan mendakwa apa yang berlaku merupakan konspirasi daripada seseorang yang digelar sebagai Mr H.

Mereka juga berkata video itu sesuatu yang dirancang dan telah disunting.

Rentetan peristiwa itu, pada Sabtu lalu, Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Muhamad Hakim Ramlee yang turut dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee tampil menafikan dakwaan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa dirinya sebagai Mr H.

Mengulas lanjut, Agus berkata dia juga telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung kebocoran laporan polis awalnya mengenai video tersebut.

“Saya buat laporan polis terhadap Tiktok yang tular, terhadap Raja Petra berkaitan laporan polis saya yang awal, yang terdedah dengan maklumat peribadi.

“(Ini) membahayakan saya dan keluarga,” katanya.

Peguamnya, Faizal Rahman, juga mempersoalkan pihak polis berhubung laporan yang bocor itu.

“Kita persoal kenapa sebab kes telah tersiasat, dan diklasifikasikan jenayah terkelas, jadi kenapa laporan polis itu terdedah, dan kami pasti itu bukan salinan daripada kami.

Agus dedah identiti 'Mr H'

“PDRM kena bertanggungjawab,” kata Faizal kepada pemberita.

Laporan polis itu mengandungi dakwaan yang sama dibuat oleh Agus seperti ketika sidang medianya Jumaat lalu.

Ini, termasuk seorang individu telah menghubunginya awal minggu lalu, dan menunjukkan video berkenaan kepadanya.

Individu itu kemudian memaklumkannya supaya sama ada meletakkan jawatan sebagai ketua pengarah J-Kom atau bercuti.

Agus mengemukakan surat peletakan jawatannya pada Khamis lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*