Adun Selat Klang dari Bersatu Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, namun kekal sebagai ahli parti itu.
Dalam kenyataan Rashid berkata beliau mengambil keputusan itu selepas meneliti perkembangan terkini terutama tindakan Perikatan Nasional (PN) berdiam diri terhadap tohmahan terhadap Raja-Raja Melayu.
“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas saya meneliti titah ucapan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) memuji kerajaan negeri yang berada di landasan tepat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Bekas ketua Bersatu Selangor itu juga yakin keputusannya terbabit akan memanfaatkan penduduk Selat Klang menerusi kerajaan stabil.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Rashid yang juga bekas exco Selangor mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 8,325 undi menewaskan calon Barisan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia.
Tindakan Rashid itu dibuat selepas Bersatu meminda Perkara 10 Perlembagaan pada 2 Mac lalu, menyatakan wakil rakyat menyokong pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti akan terlucut keahlian secara automatik.
Pindaan itu belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Bersatu mengambil langkah itu selepas enam Ahli Parlimennya menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Mereka adalah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Turut baca :
- Padah terima rasuah seludup warga asing, 3 pegawai imigresen dicekup SPRM
- ‘Dipukul dan diseksa’: Warga asing kongsi pengalaman ngeri di depoh imigresen
- Mengaku bunuh Siti Nur Surya, Siti Nur Athirah dipenjara 30 tahun
Leave a Reply