{VIDEO} Salahuddin ‘terjah’ Chow Kit, periksa bekalan, harga barangan asas

Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub telah buat satu lagi lawatan mengejut ke pasar pagi di Kuala Lumpur untuk periksa sendiri keadaan bekalan dan harga barangan keperluan asas.

Antara premis yang beliau periksa dan pantau di Chow Kit termasuklah Pasar Awam, Pasar Mini, Kedai Runcit, Gerai Penjaja Kecil dan Kedai Makan.

Sejurus itu, di sidang media, beliau dengan rasminya telah melancarkan OPS TERJAH yang melibatkan pergerakan pemantauan ke seluruh negara.

Objektif utama dalam OPS TERJAH ini adalah untuk

i. ​melihat sendiri masalah bekalan dan harga barangan asas;
ii.​mengenalpasti zon atau kawasan mana yang terjejas dengan bekalan dan harga serta tahap keseriusannya; dan
iii.​mengenalpasti punca utama kenapa berlakunya isu rantaian bekalan dan harga barangan keperluan asas.

Selaras dengan objektif utama OPS TERJAH, 2,200 orang Pegawai Penguat Kuasa KPDN akan digerakkan untuk melakukan OPS TERJAH di seluruh negara dalam masa sebulan ini dan melaporkan situasi sebenar kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan asas kepada Kementerian.

KPDN ingin meminta kerjasama kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutamanya bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Penguat Kuasa Kementerian.

Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara di atas boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
v. Ez Adu

KPDN Laman Rasmi
Ikuti FB : Salahuddin Ayub

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*