Ngeri !!! Ajal ketika tukar tayar kereta pancit, dua lelaki ‘bersepai’ dirempuh lori .
Malang tidak berbau, dua orang individu dilaporkan maut selepas dirempuh lori ketika sedang membantu anggota KKM membetulkan tayar di tepi jalan.
Detik nahas itu, ada dikongsikan oleh pemilik akaun @MalaysiaViral di laman Twitter.
Video dashcam beberapa saat sebelum kejadian kemalangan. arwah tengah tolong orang KKM tukar tayar sekali kena rempuh dengan lori, agak mustahil brek lori tak makan sebab lori auto boleh brek selepas kejadian, kemungkinan driver lori sangat lalai samaada tengah main phone atau pic.twitter.com/W7Fx43bxSN
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 3, 2022
Menerusi video berdurasi 15 saat itu, kelihatan sebuah lori pembinaan yang berada di ‘lane’ kiri, memacu laju mendahului kenderaan lain.
Namun, kenderaan berat itu kemudiannya dikatakan bergerak sedikit ke kiri sekaligus menyebabkan berlakunya perlanggaran itu.
Ramai mempertikai cara pemanduan lori berkenaan, baik dari segi had laju mahupun tumpuannya ketika memandu.
Demikian susulan mendapati, selepas berlakunya rempuhan itu, dia juga tidak sempat menekan brek dan akhirnya melanggar kereta di hadapannya.
Turut baca
Leave a Reply