Kerana cemburu, suami penggal kepala isteri.
Seorang lelaki di Kemboja mengaku bersalah memenggal kepala isterinya menggunakan pisau pemotong daging kerana cemburu, lapor akhbar Daily Star semalam.
Phuong Ratha, 27, berpindah ke sebuah bilik sewa di Phnom Penh, Kemboja bersama pasangannya, Ly Srey Nouch, 23, dan anak lelaki mereka yang berusia setahun pada Februari lalu untuk memulakan hidup baharu.
Turut baca
- “Buang otak sekali patutnya…” Selamba lempar sampah atas jalan, ini berlaku selepas itu
- Lelaki hilang ingatan selepas jalin hubangan kelamin dengan isteri
- Ini ‘punca’ anak pokok ketum meningkat lebih sekali ganda
Lelaki berkenaan didakwa sering bersikap kasar terhadap mangsa dan cemburu setelah menuduhnya berbual dengan lelaki lain di telefon.
Ketika kejadian, dia dilaporkan menyerang isterinya dengan mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur sehingga kepala mangsa terputus pada Jumaat minggu lalu.
Phuong seterusnya menyumbat kepala Ly di dalam guni lalu menunggang motosikal untuk membuangnya di kawasan tanah terbiar berhampiran rumah mereka.
Jiran pasangan itu, Phan Sreyphet, 48, yang memeriksa mereka pada hari kejadian terkejut setelah menemui tubuh mangsa tanpa kepala terbaring di atas lantai jubin putin dengan berlumuran darah.
Pisau yang dijadikan senjata pembunuhan ditemui di sebelah mayat dengan helaian rambut Ly kelihatan pada bilahnya.
Polis segera melancarkan gerakan memburu suspek sebelum menemuinya petang Sabtu lalu di kampung halamannnya di wilayah Takeo.
Timbalan Pesuruhjaya Perancangan Jenayah Polis Perbandaran Phnom Penh, Leftenan Jeneral Song Ly berkata, tindakan lelaki itu telah didorong oleh perasaan cemburu.
Suspek hadir di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh pagi semalam di mana dia ditahan reman untuk dijatuhi hukuman.
Leave a Reply