{VIDEO} Bekas Perdana Menteri Pakistan ditembak ketika ketuai perarakan politik

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan cedera ditembak pada bahagian kaki hari ini ketika menyertai satu perarakan politik, dan beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata seorang pembantu kanan. { VIDEO dibawah }

Imran, 70, cedera apabila tembakan dilepaskan daripada kumpulan orang ramai berhampiran bandar Gujranwala, kata pembantu kanannya, Raoof Hasan.

“Ini merupakan percubaan untuk membunuh beliau,” kata Raoof sambil menambah, penyerang pertama telah ditembak mati manakala penyerang kedua ditahan polis.

Imran mengetuai perarakan sejak Jumaat lalu dari bandar Lahore ke arah ibu negara Pakistan, Islamabad bagi menggesa pilihan raya diadakan segera selepas beliau disingkirkan dari pejabatnya sebelum ini.

Setiap hari dalam apa yang digelar sebagai ‘perarakan yang panjang’, Imran memberikan ucapan kepada ribuan orang ramai dengan berdiri di atas kontena yang ditunda oleh lori di tempat-tempat terbuka di bandar-bandar dan pekan-pekan di sepanjang perjalanan.

Presiden Pakistan, Arif Alvi menerusi ciapan di Twitter berkata, insiden itu merupakan satu cubaan membunuh.

“Syukur kepada Allah kerana beliau selamat namun cedera akibat terkena peluru pada kakinya. Diharapkan keadaannya tidak kritikal,” kata Arif.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*