Setiap pasanga suami isteri pasti mengimpikan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga selama-lamanya. Namun setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya malah diuji dengan pelbagai ujian.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan sikap suaminya yang didakwa telah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita lain.
Pengalaman perit itu dikongsikan seorang wanita menerusi beberapa video di TikTok. Wanita ini turut mendedahkan paparan skrin perbualan si suami bersama tiga wanita lain di laman sosial Instagram. Lebih meruntun hati apabila si suami tergamak mengaku dirinya ‘bujang’ semata-mata mahu memikat hati beberapa wanita lain.
Bersayang dengan orang lain dan berharap orang lain yang ada dengan dia. Aku tak dapat lupa apa yang dia chat dengan perempuan lain. My future wife bagai, sakit Ya Allah.
Tak mudah tapi aku mencuba semoga aku mampu untuk hadap. Hati aku hancur tak dapat bayangkan bila dia buat bersama oran lain. Lagi-lagi tengok gambar tu dalam telefon dia. Dia buat macam tak ada isteri, sampai hati. Dah lah mengaku bujang.
Menerusi video lain, kedengaran wanita ini tidak dapat menahan sebak dan menangis sambil meluahkan kekecewaan di hadapan suaminya. Dia turut meminta si suami menceraikannya kerana akui sudah tidak sanggup untuk hidup dengan lelaki yang tidak pernah menghargainya.
Aku bukan nak bukak aib aku sendiri tetapi aku tak kuat untuk harungi semua ini. Aku percaya dia, tapi tak sangka benda ni akan berlaku lagi dalam rumah tangga aku. Hati aku baru nak lega selepas kantoi benda lain. Esoknya tiba dapat tahu benda yang menyakitkan, selepas kita dah tahu segalanya tapi tetap dia nak kata dia tak buat semua tu.
Ending dapat tahu segalanya perangai dia yang selama ini aku tahu tapi buat tak tahu. Sebab aku masih percayakan dia, sakit tu Allah je yang tahu betapa struggle nak bangkitkan hati yang rapuh ni.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Mereka sempat memberikan kata-kata nasihat supaya wanita ini tabah dalam mengharungi ujian hidup selain berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
Leave a Reply