Baby Shima perli PU dan Ustazah ‘Online’, anggap pendakwah diam diri kes amang seksual

Baru-baru ini umum sedia tahu kes amang seksual berkaitan seorang pendakwah selebriti terkenal sedang hangat diperkatakan.

Perkara itu mendapat perhatian penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima yang memuat naik Insta Stories seakan-akan memerli tindakan Pencetus Ummah dan ustazah ‘online‘ yang dianggap berdiam diri berkaitan isu tersebut.

Dalam pada itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli turut bersuara mengenai isu seorang penyanyi lelaki terkenal yang berkahwin dengan seorang gadis kerana dikatakan sudah terlanjur.

Kes ni ustaz dan ustazah online tak nak ulas ke? Ohhh lupa tak ada nama dan gambar…#tegurpilih2″

Sekadar info, pendakwah selebriti terkenal, PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Terdahulu, Baby Shima juga pernah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendakwah bebas yang berdiam diri berkaitan penganjuran konsert di negeri Kelantan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*