{VIDEO} “Ingat sampai mati…” Pelik pagar sekolah masih tutup, anak tersengih ayah tak tahu cuti peristiwa

“Ingat sampai mati…” Pelik pagar sekolah masih tutup, anak tersengih ayah tak tahu cuti peristiwa. Kecurigaan seorang ayah melihat perjalanan menghantar anaknya ke sekolah tidak seperti biasa bagaimanapun tidak mendorong mereka untuk berpatah balik.

Sebaliknya, anak beranak itu memilih untuk meneruskan perjalanan sehingga tiba di perkarangan sekolah.

Pun begitu, apa yang mengejutkan rupanya bangunan sekolah juga kosong tiada seorang pelajar atau guru pun yang datang, walhal hari itu adalah hari Isnin, cuma kelihatan dua orang pengawal keselamatan menjaga di pagar hadapan.

Menurut pemilik akaun yang menggunakan nama Hisham Taib, dia tidak tahu hari itu sekolah anaknya cuti peristiwa berikutan hari sukan yang diadakan minggu lalu.

Ujarnya, cikgu telah memaklumkan dalam kumpulan ‘Whatsapp’ ibu bapa, cuma dia tidak menyedari notis tersebut kerana bertukar telefon.

Netizen pakat mentertawakan anak beranak itu mengenangkan peristiwa tersebut yang sememangnya agak memalukan.

Namun, mereka beranggapan itu merupakan satu pengalaman yang pastinya akan diingati oleh anaknya sampai akhir hayatnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*