Hanya mengajar 4 murid, sekolah di pulau terpencil tawar gaji RM400,000

Hanya mengajar 4 murid, sekolah di pulau terpencil tawar gaji RM400,000.

Sebuah sekolah di pulau terpencil di perairan Scotland yang mempunyai cuma 28 penduduk mencari seorang guru baharu dengan gaji £61,000 (RM337,566) setahun untuk mengajar hanya empat kanak-kanak, lapor akhbar Mirror UK.

Hanya mengajar 4 murid, sekolah di pulau terpencil tawar gaji RM400,000

Disifatkan sebagai peluang sekali dalam seumur hidup, Sekolah Rendah Foula yang terletak 25 kilometer (km) ke barat Shetland akan kehilangan pendidik selepas guru besarnya bersara tidak lama lagi.

Turut baca

Bagi sampai ke pulau terpencil yang memiliki luas cuma 15 kilometer persegi itu , orang ramai boleh menaiki feri selama dua jam dari Walls iaitu tanah besar di barat Shetland atau menggunakan pesawat dari Tingwall, yang akan mengurangkan masa perjalanan kepada 15 minit.

Pekerjaan itu juga menawarkan calon bertuah kos sara hidup yang lebih murah dan suasana kehidupan lebih tenang serta jauh dari bandar.

Pemohon yang berjaya juga akan ditawarkan sebuah rumah sewa tiga bilik.

Terkenal dengan landskap dan hidupan burung, Foula mempunyai tebing laut kedua tertinggi di Britain dan tidak mempunyai kedai.

Majlis Kepulauan Shetland menyatakan, pulau itu didiami komuniti yang sangat mesra.

Ini adalah kali kedua dalam masa beberapa tahun jawatan kosong itu diiklankan.

Calon yang berjaya akan mengambil alih jawatan daripada guru Beverley McPherson yang akan bersara selepas dilantik pada 2019.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*