“Siap turun kereta…” Lelaki mengamuk tetap suruh kereta depan jalan walau lampu merah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa langgar lampu isyarat merah adalah kesalahan lalu lintas, namun masih ramai lagi yang melakukannya.
Lebih malang lagi, ada pula yang sewenang-wenangnya mengajak orang lain bertindak melakukan hal yang sama.
Misalnya sepertimana yang dilakukan oleh individu ini bilamana dia ‘memaksa’ kereta di hadapannya untuk jalan sedangkan lampu isyarat ketika itu masih merah.
Disebabkan hon pun tak ‘jalan’, jadi dia bertindak untuk turun dari kereta dan bercakap terus kepada pemandunya dengan agar dia segera bergerak.
Walau bagaimanapun, tindakannya tidak mengubah keputusan pemandu kereta di hadapannya yang tetap ingin menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Bukan itu sahaja, tindakan berani individu tadi juga menjadi bahan tawa netizen apabila rata-ratanya akui itu merupakan tindakan tak masuk akal.
Namun begitu, segelintirnya pula berpendapat bahawa kenderaan dibenarkan jalan sekiranya tiada kenderaan, hatta lampu isyarat masih berwarna merah.
Turut baca :
Leave a Reply