{VIDEO} “Siap minta pampasan…” Keluarga dilarang bawa adik pulang dari Maahad Tahfiz bertukar kecoh

“Siap minta pampasan…” Keluarga dilarang bawa adik pulang dari Maahad Tahfiz bertukar kecoh. Satu kejadian yang kecoh berlaku di perkarangan sebuah Maahad Tahfiz di Shah Alam ketika sebuah keluarga berhasrat ingin membawa anak mereka pulang selepas disyaki didera.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, dapat dilihat pergelutan berlaku selepas beberapa orang individu yang dipercayai warden di pusat ilmu berkenaan enggan memberikan keizinan untuk keluarga tersebut membawa anak mereka pulang bagi membuat laporan polis.

Bukan itu sahaja, pihak pengurusan Maahad Tahfiz itu juga dikatakan meminta pampasan sebanyak RM11,970 kerana dikatakan keluarga tersebut telah melanggar perjanjian selepas ingin membawa anak mereka keluar dari pusat ilmu terbabit.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan warden di pusat tahfiz berkenaan yang seakan-akan takut untuk membenarkan pelajar itu pulang bersama keluarganya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memaklumkan bahawa pusat tahfiz berkenaan bukanlah sebuah Maahad Tahfiz tetapi merupakan sebuah pusat pemulihan bagi mereka yang bermasalah.

Ni apa kes pula ni? Apa-apa pun semoga isu ni dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*