Raba pelajar tingkatan satu, pelayan restoran berdepan penjara 20 tahun

Raba pelajar tingkatan satu, pelayan restoran berdepan penjara 20 tahun.  Seorang pelayan restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Sunil Kumar, 35, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba punggung seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang di The Shore Residences, Jalan Persisiran Bunga Raya dalam daerah Melaka Tengah pada 12 September 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh yang merupakan warga India boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari tidak menawarkan sebarang jaminan, manakala tertuduh yang diwakili peguam Pang Wan Si merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM1,500 sebulan.

Mahkamah kemudian menolak rayuan tersebut dengan mengambil kira permit kerja tertuduh telah tamat pada 18 September lalu dan perlu mengemukakan bukti telah memperbaharui permit kerja dikeluarkan Jabatan Imigresen.

Pihak pembelaan turut diarahkan mengemukakan rekod pergerakan keluar masuk tertuduh, selain status permohonan lanjutan kerja perlu dikemukakan dalam tempoh dua minggu.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*