{VIDEO} Lelaki ‘happy’ selepas bercerai, ini pesanan netizen

Lelaki ‘happy’ selepas bercerai, ini pesanan netizen. Jika sebelum ini viral video seorang wanita melompat kegembiraan selepas sah cerai, kini giliran seorang lelaki pula membuat perkara yang sama selepas keluar dari Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan.

Video yang dimuat naik oleh Ray RS Master di TikTok ( bawah sekali ) itu memaparkan melangkah keluar sambil memegang sekeping fail. Apa yang menarik menarik ramai ialah reaksi spontan lelaki tersebut yang seakan sudah lama memendam rasa untuk meluahkan rasa gembira setelah berpisah.

Ujarnya, tindakan itu dibuat selepas lebih 11 tahun dia mempertahankan rumah tangga sehingga sudah tidak merasakan apa-apa.

Yang berada dalam kasut saya je tahu betapa susahnya nak sampai ke tahap ini. Kuatnya orang yang bersabar.

Alhamdulillah tak rasa apa dah setelah 11 tahun bersabar semua ini. Tak nak masa lalu berulang lagi bila tergesa-gesa.

Disebabkan keriangannya itu, ada segelintir netizen yang menasihatkan agar lelaki terbabit tidak lupa mengenai soal nafkah kepada anak-anak.

Anak yang kecil kita ambil jaga. Jangan risau InsyaAllah kita buat yang terbaik untuk anak-anak. Doa yang baik-baik je.

Rata-rata netizen terkejut melihat tindakan lelaki berkenaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*