{VIDEO} “Berani tak bertempat…” Pemuda buat aksi masuk bawah treler undang kecaman

“Berani tak bertempat…” Pemuda buat aksi masuk bawah treler undang kecaman.  Seorang pemuda dihujani pelbagai kecaman dan makian selepas dia bertindak di luar jangkaan apabila dengan beraninya menyelinap masuk ke bawah lori treler.

Detik ngeri itu ada dimuat naik di laman Twitter yang memaparkan aksi ‘berani mati’ penunggang motosikal terbabit di tengah lebuhraya.

Walau bagaimanapun, perbuatannya itu disedari oleh pemandu treler berkenaan dan dia lantas membunyikan hon sebagai tanda menegur kesalahan yang dilakukan itu.

Namun, tak diendahkan sebaliknya pemuda itu bersorak selepas keluar daripada bawah kenderaan berat tadi.

Ramai terkejut melihat aksi yang ditunjukkan oleh pemuda itu yang sebenarnya langsung tidak hebat, sebaliknya hanya mengundang bahaya.

Disebabkan perbuatannya, sebilangan netizen mula paranoid dan menyatakan pandangan mereka untuk tidak saling menyalahkan jika berlaku kemalangan kerana kemungkinan ada kes yang berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal itu sendiri.

Pun begitu, ada sumber memaklumkan bahawa video yang dimuat naik adalah video lama dan apapun moga perkongsian itu menjadi pengajaran buat penunggang motosikal di luar sana agar tidak melakukan perkara sama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*