“Nak jimat macam mana lagi…” Rakyat ‘resah’ kos barang dapur melebihi gaji

“Nak jimat macam mana lagi…” Rakyat ‘resah’ kos barang dapur melebihi gaji.

Peningkatan harga barang sejak tahun lepas nyata membuatkan rakyat terutama dari golongan B40 terus dibelenggu dengan kos sara hidup tinggi yang tidak setara dengan pendapatan.

Suri rumah dan peniaga kuih, Nora Abd Satar, 36, berkata, disebabkan harga barang naik terutama menjelang Hari Raya, dia terpaksa turut menaikkan harga jualan bagi menampung modal.

Turut baca

“Saya meniaga kuih, ada pelanggan tanya harga kuih dah naik. Iyalah terpaksalah naik harga, dah planta, marjerin dari harga RM4 dah naik RM8. Tepung pun dah naik harga, dalam seringgit juga,” katanya.

Menurut ibu kepada lima anak itu, dia terpaksa membantu suami menambah pendapatan memandangkan perbelanjaan barangan dapur melebihi pendapatan bulanan.

“Peruntuk RM600 sebulan, itu pun dah habis jimat, tapi kena tambah juga sebab tak cukup. Jadi kena tarik duit simpanan. Terpaksa kadang-kadang bercatu,” ujarnya.

"Nak jimat macam mana lagi..." Rakyat 'resah' kos barang dapur melebihi gaji

Seorang suri rumah, yang hanya mahu dikenali Sharifah, 39, turut mengeluh harga barang terutama keperluan makanan naik ketara dari RM1 mencecah hingga RM6.

Turut terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi, dia berkata dengan hanya mengharap pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan ditambah pula tanggungan yang ramai, ada masanya kos barangan dapur melebihi pendapatan.

“Ketara naik barang asas keperluan makanan… udang dulu sekilo boleh dapat RM28, sekarang sekilo RM35 ringgit. Ayam sekilo dulu RM8 sekarang sekilo dah RM9 ada juga yang jual sampai RM12 sekilo.

"Nak jimat macam mana lagi..." Rakyat 'resah' kos barang dapur melebihi gaji

 

“Anggaran RM100 sebenarnya boleh makan untuk tiga hari kalau berkeluarga ramai macam saya – anak tiga orang, jaga mak dan ayah lagi, sebulan anggaran RM1,000 juga untuk barang dapur sahaja. Itu belum masuk bil, dengan gaji yang tak sampai RM2,000,” katanya.

Sementara itu, pesara kerajaan Suzaifa, 55, berkata barangan keperluan rumah seperti sabun pencuci juga naik harga.

Namun katanya, kadar kenaikan harga berlainan untuk setiap kedai, dan disebabkan itu sebagai pengguna dia sentiasa membandingkan harga sebelum membuat pembelian.

“Kalau dekat pasar raya mungkin harga ikut harga yang kerajaan dah tetapkan, tapi lain-lain juga harga.

“Kita pembeli kena pandai buat perbandingan. Kalau pasar ini lagi murah kita pergilah sana,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*