Nenek terima padah setelah lap air kencing guna baju cucu, ini yang berlaku

Nenek terima padah setelah lap air kencing guna baju cucu, ini yang berlaku.

Gara-gara menggunakan baju cucunya untuk mengelap air kencingnya, seorang nenek yang sudah nyanyuk cedera ditumbuk dan dipukul menggunakan gayung mandi oleh suspek.

Nenek terima padah setelah lap air kencing guna baju cucu, ini yang berlaku

Mangsa dikenali sebagai Misah, 66, tahun berasal dari Muara Jawa, daerah Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.

Menurut jurucakap polis, Arwin Amrih Wientama berkata, cucu mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes penganiayaan itu dilaporkan oleh seorang daripada anak mangsa dan polis terus melakukan penahanan.

Turut baca

“Mangsa mengalami lebam teruk pada mata kiri dan tangan kanan akibat ditumbuk suspek.

“Polis dimaklumkan bahawa mangsa sudah dua kali dipukul suspek dengan kes pertama berlaku pada 12 Mei lalu dan insiden kedua pada 18 Mei lepas.

“Hasil soal siasat, suspek menceritakan dia menumbuk mata dan memukul badan neneknya menggunakan gayung sebanyak tiga kali sehingga warga emas itu tidak mampu untuk bangun,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Jelas Arwin, suspek tidak dapat menahan marah selepas mengetahui bajunya digunakan oleh wanita warga emas itu untuk mengelap air kencingnya.

Mangsa yang nyanyuk kadang kala tidak menyedari perbuatannya, termasuk membuang air.

Suspek pada mulanya enggan mengakui perbuatannya sehingga bapa saudaranya terpaksa membuat laporan polis.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*