GEMPAR | Kakak bekas teman lelaki gadis rempuh pagar rumah terima ugutan

Gara-gara hubungannya putus di tengah jalan, seorang gadis berusia 20 tahun bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya.

Memetik sumber Sinar Harian, kejadian berlaku di Taman Perling pada jam 5 pagi pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bharu Utara, Superitendan Fariz Ammar Abdullah berkata, suspek bagaimanapun telah ditahan polis pada hari sama jam 6.30 pagi di Plaza Tol Lima Kedai.

“Sebelum kejadian, kakak kepada bekas teman lelaki suspek telah menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

“Suspek turut mengirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan.”

“Akibat bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis.” -Fariz Ammar.

Sementara itu, hasil saringan air kencing pula mendapati gadis terbabit di bawah pengaruh dadah terlarang jenis ‘benzo’, manakala tiada jenayah lampau direkodkan.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan keluarga bekas kekasihnya mengalami kerugian kira-kira RM15,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut baca

 

  • GEMPAR | Kakak bekas teman lelaki gadis rempuh pagar rumah terima ugutan

GEMPAR | Kakak bekas teman lelaki gadis rempuh pagar rumah terima ugutan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*