Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri kembali dengan kontroversi panas apabila muncul dengan lagu terbaru berjudul Baby Sayang bergandingan dengan penyanyi Baby Shima.
Tindakan goyang ghairah bersama Baby Shima itu seakan sengaja mengundang kecaman daripada netizen.
View this post on Instagram
Perbuatan memalukan itu menarik perhatian pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak untuk memberi teguran secara terbuka.
Kata PU Syed, dia memohon agar Aliff Syukri membatalkan hasrat untuk melancarkan muzik video lagu dangdut terbaharunya yang keterlaluan.
Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.
Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat.
PU Syed juga mengingatkan Aliff Syukri untuk memikirkan perasaan isteri dan anak-anak selepas melihat aksi tak senonoh itu.
Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang. Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat.
Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat.
Adakah kamu nak (suka) macam itu? Adakah kehidupan kamu untuk menyenangkan perut hati kamu semata-mata? Tidakkah kamu suka menggembirakan agama Allah SWT. Cukuplah kemungkaran yang berlaku di depan mata. Jangan tambah lagi.
Dalam pada itu, PU Syed turut berharap agar pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman berfikiran waras seiring dengan pangkat sebelum melakukan perbuatan yang dilarang agama.
Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungkar. Fikir halal haram, fikir pahala dan dosa dan fikir mati kita.
Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?
Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri.
Turut baca
Leave a Reply