{VIDEO} Teringat isteri mengandung di rumah, lelaki batal niat terjun Sungai Kelantan

Seorang lelaki berusia 27 tahun akhirnya membatalkan niatnya terjun daripada Jambatan Sultan Yahya Petra selepas berjaya dipujuk oleh anggota bomba.

Antara perkara yang disentuh oleh anggota terbabit adalah meminta lelaki terbabit memikirkan nasib isterinya yang sedang mengandung serta seorang anak yang masih kecil jika dia tiada.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim, Tengku Marzuki Tuan Mat berkata, orang awam yang melihat tindakan lelaki itu tidak jauh dari lokasi kereta jenis Perodua Myvi dipandunya.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, beliau sendiri cuba memujuk dan menghampiri lelaki terbabit, namun mangsa bertindak agresif ketika tangannya dipegang.

“Saya merayu agar dia berfikir panjang lebih-lebih lagi mengenangkan isterinya sedang mengandung dan anaknya yang masih kecil. Saya juga memaklumkan bahawa ramai yang sudah terkorban di Sungai Kelantan akibat terjun dari jambatan ini.

“Isteri lelaki itu turut hadir dan memujuknya, namun mangsa enggan menyerah malah memaklumkan wanita tersebut berbohong. Berdasarkan situasi itu, kemungkinan mereka berdua mempunyai masalah rumah tangga,” -Tengku Marzuki.

Difahamkan lagi, mangsa dipercayai mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Selepas 10 minit dipujuk, lelaki terbabit akhirnya mengalah sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakn lanjut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*