Ketua Pengarah ‘sombong’ dituntut buat permohonan maaf. Ketua Pengarah sebuah agensi awam diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang pegawai imigresen berhubung insiden tengking yang berlaku di sebuah ‘bilik VIP’ dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.
Permohonan maaf itu dituntut Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) selain turut menggesa kerajaan memandang serius perkara itu serta mahu tindakan dikenakan kepada penjawat awam yang sombong.
Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya juga akan menyokong penuh segala tindakan akan diambil Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam situasi tersebut demi memartabatkan maruah pegawai agensi itu.
“KPISM yang mewakili 14,000 orang pegawai Imigresen di seluruh negara ingin melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan tingkah laku seorang pegawai tertinggi awam yang menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen (JIM) yang sedang bertugas di KLIA.
“Seharusnya seorang pegawai tertinggi perkhidmatan awam perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada penjawat awam yang lain serta kepada rakyat keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi tadi, seorang pegawai JIM dimarahi kerana tiada individu yang bertugas di bilik VIP KLIA.
Turut baca
- “Terkait dua pertuduhan…” Pecah cermin, ugut wanita, penjawat awam mengaku tak bersalah
- “Dah rampas baru mengaku…” Lelaki mengamuk, tak puas hati lembu dirampas penguatkuasa
- Berang rambut dipotong, pelajar balun cikgu guna penyapu
Leave a Reply