Berang rambut dipotong, pelajar balun cikgu guna penyapu

Polis berkata pelajar itu direman hingga esok manakala ujian air kencingnya negatif dadah. (Gambar sekadar hiasan)

Seorang pelajar Tingkatan 3 memukul guru disiplin wanita dengan batang penyapu selepas berang rambutnya yang panjang dipotong.

Kejadian dilaporkan berlaku semalam ketika guru berusia 52 tahun itu membuat rondaan sekitar 12.30 tengah hari di sebuah sekolah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Ketua Polis Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin, berkata mangsa menerima laporan daripada seorang guru lain mengenai pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.

“Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya,” katanya.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.

“Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK),” katanya.

Turut baca

(Gambar sekadar hiasan)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*