Sebagai seorang suami pastinya akan menjaga dan melindungi isteri tidak kiralah dalam apa jua situasi lebih-lebih lagi jika perkara itu melukakan hati suami.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini apabila cuba mempertahankan isterinya selepas penampilannya ditegur oleh lelaki yang tidak dikenali.
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai MiaKhalida itu memaparkan suaminya bersama lelaki berkenaan sedang bertentangan mata.
Menurut wanita berkenaan, ini kali pertama dia melihat suaminya mengamuk seperti itu malah bangga akan tindakannya.
Difahamkan, lelaki tidak dikenali itu merupakan peniaga di kawasan berkenaan yang memberi pandangan tidak sepatutnya selain meluahkan kata-kata “tak malu ke pakai macam ni” pada dirinya.
Disebabkan itu, dia mengadu kepada suaminya dan tidak sangka lelaki berkenaan akan bertindak sedemikian.
Walau bagaimanapun, video tersebut mendapatkan pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata mereka bersetuju akan tindakan lelaki tidak dikenali itu yang bertindak menegur wanbita terbabit.
Turut baca
- {VIDEO} “Pasal ayam je pun…” Pasangan ‘bertekak’ dengan pekerja restoran
- {VIDEO} “Juri berat sebelah…” Ramai bengang lihat pesilat negara terpaksa tarik diri
- “Beras aku yang beli…” Baru kahwin dah bawa baIik betina, tabah dan bodohnya si isteri masih terima
Leave a Reply