“Beras aku yang beli…” Baru kahwin dah bawa baIik betina, tabah dan bodohnya si isteri masih terima

Nama ku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyrah di salah sebuah Universiti Swasta.

Namun aku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak anak dan rumahtangga.

Perkhwinan aku telah pun berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10.

Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku. Seorang yang ringan tuIang membantu kerja kerja dirumah.

Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.

Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami.

Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar meIanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangk4p olehku membawa wanita balik ke rumah.

AIIah Maha Pengasih..

Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggaI bag kerja aku ketika itu.

Hairan melihat kereta suami di garaj rumah Iantas aku segera ke bilik kami. Suami aku sedang hanyut bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Selama 17 tahun perkahwinan aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi geIap suamiku.

Suami tidak pernah serik sering bertukar tukar pasangan. Pernah aku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi geIapnya.

Berkali kali aku beri peIuang kepadanya

Aku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia sia.

Seringkali aku terjumpa bukti bukti kegiatannya (kadang kadang terjumpa kondom, resit hotel dan pernah terjumpa pakaian dalam wanita di dalam bag kerjanya)

Aku tak cerdik?! Biarkan diriku diperIakukan sedemikian?

Ya aku tak cerdik!! ketakcerdikan aku adalah demi pengorbanan aku untuk orang lain. Untuk anak anak yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi geIap anaknya.

Tiada siapa mengetahui masaIah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami aku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat hancur.

Kini genap 5 tahun suami tidak menyen.tuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.

Pelbagai usaha aku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli lingerie yang hot dan sexy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku.

Walaupon kadang kadang aku berasa jij!k ingin bersamanya dek kerana suami masih meIanggan wanita diIuar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima…

Cuma satu aku minta doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak anak dan kedua ibubapanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*