{VIDEO} Jatuk 1 kali, bangkit 10 kali…” Atlet angkat berat negara berjaya pikul 142KG bikin ramai meremang

Umum tahu bahawa sekrang sudah masuk hari ketiga Sukan Komanwel Birmingham 2022, malah kesemua atlet sudah menunjukkan usaha yang gigih demi menyumbang pingat emas pada negara.

Tidak terkecuali, atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan juga menjadi perhatian ramai selepas meraih emas dalam angkatan bagi kategori 55kg.

Bagaimanapun, tular akan momen atlet angkat berat itu bangkit dari kegagalan dan melakukan angkatan 142kg sekaligus memastikan emas dalam genggaman dengan rekod baharu temasya.

Untuk makluman, bagi disiplin snatch, Aniq berjaya melakukan 107kg bagi angkatan pertama, namun gagal bagi angkatan kedua dan ketiga membabitkan berat 111kg.

Namun, bagi disiplin clean & jerk Aniq memulakan angkatan 138kg. Namun bagi angkatan kedua 142kg, dia gagal sebelum bangkit melakukan angkatan 142kg lagi sekali untuk memastikan emas menjadi miliknya.

Dalam pada itu, pingat perak bagi kategori 55kg ini dimenangi atlet India, Sargar Sanket Mahadev yang menghimpun keseluruhan 248kg manakala pingat gangsa milik wakil Sri Lanka, Yodage DIK dengan himpunan 225kg.

Rata-rata warganet mengakui meremang melihat momen tersebut selain sebak akan kejayaan yang dilakukan atlet berkenaan. Malah mereka juga mengucapkan tahniah buat Aniq.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*