Perasaan ingin tahu yang membuak-buak adakalanya membahayakan diri.
Sedar tak sedar, setiap nama yang dipetik serta tanggapan yang diletakkan pada sesebuah isu akan jadi fitnah kepada individu terbabit.
Berdepan situasi sama, Ustaz Kazim Elias luah terkejut apabila namanya dipetik pihak tak bertanggungjawab dengan memaklumkan dirinya melakukan amang seksual kepada seorang remaja berumur 14 tahun.
“Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya.”
“Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut.” -Ustaz Kazim
Selain itu, Ustaz Kazim turut menyatakan kekecewaannya terhadap cara penyampaian segelintir media yang tidak jelas berhubung kes tersebut sehingga boleh menimbulkan fitnah.
“Pemberita patut lebih khusus jika ingin menggambarkan si pesalah. Jangan dibiarkan tergantung atau semborono labelkan dengan gelaran ustaz.”
“Sekarang ni zaman orang tunggu masa saja nak hentam ustaz-ustaz. Lebih adil sekiranya gambaran pelaku itu adalah berdasarkan fizikalnya semata-mata.” -Ustaz Kazim
Turut baca
Leave a Reply