{VIDEO} Raba gadis dalam teksi, pemandu gatal ‘menangis’ bila tahu dirakam

Menjadi seorang perempuan ini tentunya sentiasa mendapat perhatian ramai terutama lelaki hidung belang. Jika terleka sedikit pastinya akan menjadi mangsa lelaki-lelaki gatal.

Itulah yang dilalui oleh seorang gadis ini apabila berdepan dengan momen mencemaskan apabila menjadi mangsa raba oleh pemandu teksi yang gatal.

Walau bagaimanapun gadis dikenali sebagai Faebriany Tuela itu mengambil langkah berani dengan merakam kejadian tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam video yang dimuat naik di Instgaram miliknya itu, dapat dilihat tangan pemandu teksi tersebut berkali-kali cuba memegang kakinya meskipun sudah dielak.

Geram akan tindakan pemandu tersebut, gadis ini juga menepis tangannya namun dipegang oleh pemandu berkenaan.

Susulan video tersebut tular sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa, pemandu gatal itu bukan sahaja menangis namun menyesal dengan perbuatan terkutuknya itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*