{VIDEO} Netizen berang ibu tindik telinga bayi hingga menangis sampai tak ada suara

Menangis sampai tak ada suara.

Keterujaan seorang ibu menimang cahaya mata perempuan sememangnya tidak dapat dinafikan. Selain boleh didandan, anak perempuan juga boleh dihiasi dengan barang kemas.

Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu muda ini apabila berkongsi detik-detik anak perempuannya yang masih bayi menerima tindikan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Burjuh memaparkan bayi perempuannya menangis kesakitan selepas menerima tindakan di telinga.

Difahamkan, bayi berkenaan masih lagi kecil memandangkan sedang nyenyak tidur di dalam bendungnya.

Video yang dimuat naik itu telah mengudang pelbagai reaksi dari warganet yang bersimpati akan nasib bayi kecil berkenaan. Bahkan, mereka juga berpendapat bahawa semata-mata demi konten bayi kecil itu menjadi mangsa.

Turut baca

{VIDEO} Netizen berang ibu tindik telinga bayi hingga menangis sampai tak ada suara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*