“Punyai 16 rekod jenayah…” Gelandangan serang wanita ditahan

“Punyai 16 rekod jenayah…” Gelandangan serang wanita ditahan.

Lelaki gelandangan dipercayai memukul kepala seorang wanita sehingga menerima lima jahitan, selain menyebabkan hidung mangsa retak, di sekitar bangunan Centre Point, Klang, Rabu lalu ditahan polis semalam.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Bandar Baru Klang, kira-kira 5 petang.

"Punyai 16 rekod jenayah..." Gelandangan serang wanita ditahan
Suspek berusia lingkungan 40-an ditahan hari ini selepas dipercayai memukul seorang wanita di sekitar bangunan Centre Point, Klang, pada Rabu.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata penahanan itu dilakukan hasil laporan mangsa berusia 30-an berkaitan kes cubaan samun oleh suspek.

Turut baca

“Bertindak atas maklumat, lelaki yang melarikan diri selepas kejadian itu ditahan petang tadi. Suspek dibawa ke IPD Klang Utara dan direman esok bagi membantu siasatan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Katanya, siasatan mendapati wanita yang berjalan bersendirian itu ditendang sehingga terjatuh selain dipukul di muka dan kepala.

Suami kepada wanita berkenaan bimbang isterinya tidak akan mendapat keadilan memandangkan suspek dipercayai gelandangan.

Hemi Mohd berkata, selepas berita mengenai serangan pada 18 Mei itu tular, warganet menyuarakan rasa simpati dan berkongsi maklumat mengenai suspek.

Hidung isterinya, Fuza Nordin retak dan terpaksa menerima lima jahitan. Dia juga lebam di muka, pipi dan dahi, selain mengalami pendarahan di mata kanannya.

Hemi mendakwa, suspek bertanggungjawab terlepas kerana dianggap mengalami masalah mental.

Dalam pada itu, Vijaya berkata, semakan mendapati suspek memiliki 16 rekod jenayah termasuk dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing lelaki itu turut didapati positif dadah. kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*