{VIDEO} “Sangat menakutkan…” UAI ‘dedah’ hukum orang hina Islam

Saban hari, isu menghina Islam dilihat semakin membimbangkan.

Mereka kelihatannya sesuka hati berbuat demikian, seolah-olah sedang mempamerkan kehebatan diri sehingga tidak sedar akan kesan yang menanti.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya baru baru ini, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyebut individu yang menghina Islam diisytihar kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.

Selain itu, jenazah mereka juga haram disembahyangkan.

“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.”

“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja, siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik.”

Tegasnya lagi, orang Islam yang hina Islam, hina nabi, hina al-Quran sememangnya jelas murtad dan kafir.

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghakan ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.”

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah.”

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*