Selepas Azlina Azman kini remaja 19 tahun pula dilaporkan hilang

Selepas Azlina Azman kini remaja 19 tahun pula dilaporkan hilang.  Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan, berkata kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru.

Katanya, gadis tersebut tinggal bersama keluarga di Taman Lintang, Sungai Siput.

“Remaja berkenaan telah dihantar ke tempat kerja oleh bapanya sekitar 7.30 pagi dan dikatakan telah keluar dari kilang berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan sehingga kini, masih gagal dikesan,” katanya, semalam.

Yahaya berkata gadis itu, berketinggian kira-kira 152 sentimeter (cm), berkulit cerah dan berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai baju kerja kilangnya berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Khantan Baru, Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*