{VIDEO} “Dulu kerap kongsi kisah Nabi di Youtube…” Warganet doakan lelaki hina Islam kembali ke pangkal jalan

“Dulu kerap kongsi kisah Nabi di Youtube…” Warganet doakan lelaki hina Islam kembali ke pangkal jalan.

Semalam, seorang lelaki dikenali sebagai Muzil Juling tular dimedia sosial selepas memuat naik satu video yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam video tersebut, dengan angkuh lelaki berusia 39 tahun itu mencabar kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) untuk datang membunuhnya.

Sebaik sahaja video tersebut mendapat perhatian, sekumpulan inidvidu telah menyerang ke rumah lelaki berkenaan dan membelasahnya kerana berang akan perbuatan nya.

Namun, nama lelaki berkenaan sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas mendapati Muzil yang merupakan seorang duda ini sering kali memuat naik video ceramah serta kisah Nabi di saluran Youtube miliknya.

Bahkan, orang ramai juga turut meninggalkan komen memuji lelaki yang dahulunya kerap berkongsi kisah Nabi Yusof selain mendoakannya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Muzil yang ditahan pada jam 12.30 minit tengahari di rumahnya di Taman Bukit Kuchai, Puchong akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini untuk permohonan reman.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*