Wanita keguguran bayi sulung keluar rumah sendirian, menangis tak tahan mulut mentua

MENGALAMI keguguran adalah antara perkara yang paling menyedihkan buat wanita, lebih-lebih lagi jika sedang menanti untuk menimang cahaya mata sulung.

Sudah semestinya mereka memerlukan empati dan sokongan daripada orang di sekeliling bagi menjalani proses pemulihan.

Bayangkan ketika emosi masih kurang stabil, suami dan keluarga yang diharapkan sentiasa berada di sisi langsung tidak peka malah membiarkan mereka menguruskan diri berseorangan.

Itulah situasi seorang wanita ini yang meluahkan rasa sedih dengan sikap suami serta mentuanya yang seolah-olah tidak mengambil berat mengenai kesihatannya.

Menurut wanita berkenaan, dia baharu mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah 12 minggu.

“Sakitnya nak ingat apabila ibu mentua cakap… ala gugur je pun… nanti lekatlah baru. Masa tu hari ketiga berpantang.

“Mentua cakap macam tu sebab laki aku lambat masuk kerja kerana uruskan aku,” kongsinya dalam satu hantaran di laman sosial.

Ujar wanita tersebut, ‘kesakitan’ yang dirasakan menjadi seperti dua kali ganda kerana dia bukan sahaja menanggung rasa sedih gara-gara kehilangan anak, tetapi diabaikan ketika berpantang.

“Tak ada seorang pun jaga aku masa pantang. I literally on my own. Malah saya memandu ke kedai suami sebab saya rasa keseorangan dan menangis sebab mati anak.

“MIL (ibu mentua) aku paksa laki aku kerja, tak bagi cuti sebab apparently buka kedai lagi penting daripada menantu dia yang tengah berpantang mati anak,” luahnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya tampil meluahkan kata semangat serta mendoakannya dikurniakan rezeki zuriat dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, ramai turut berkongsi kisah masing-masing untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bersama.

“Pernah berada dalam situasi yang sama. Ada orang ingat gugur ni macam luka biasa je kot… sehari dua sembuh. Padahal dalam hati ni, rasa nak meletup apabila orang tak faham.

“Kita dah tak ada mak… jadi suami suruh berpantang rumah mak dia. Malas nak ingat balik, tapi sebelum aku meroyan, aku suruh suami hantar balik rumah… biar aku berpantang sendiri.

“Saya dan suami daripada sebelum kahwin dah bincang… kalau beranak, dia pun kena ambil cuti. Kami malas nak susahkan orang tua. Mujur sambil dia cuti, ada juga ambil CL (confinement lady),” komen netizen.

Baca juga :

Takut dikutip ‘scammer’, mahasiswa serah barang kemas ibu RM100,000

Kecoh wanita lempang jenazah suami, madu tiba-tiba muncul tuntut faraid

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*