
KURANG ‘rasa’ atau ‘spark’ dalam percintaan membuatkan hubungan yang terbina menjadi hambar.
Bukan mencari helah, namun keadaan itu menyebabkan salah seorang cuba mencari jalan keluar agar tidak terus membuang masa.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang lelaki mendedahkan pendekatan digunakannya untuk mengakhiri hubungan dengan pasangannya, ia kedengaran tidak munasabah tetapi benar berlaku.
Menurut lelaki itu, dia terpaksa ‘tipu sunat’ ketika minta untuk berpisah dengan wanita berkenaan walaupun hakikatnya mereka bukan pasangan sekufu.
“Waktu nak minta putus, saya pernah cakap ada perempuan lain, sedangkan benda tu tak betul pun. Kisahnya begini, sejak kali pertama keluar date dengan gadis ni, saya dah perasan dia ada bau badan yang kuat.
“Saya rasa puncanya daripada ketiak dia, memang bau tengik. Saya tak tahu nak tegur macam mana, sebab takut menyinggung perasaan dia. Saya cuba bertahan tapi akhirnya saya mengalah.
“Saya rela dijadikan kambing hitam dalam kes ni. Apabila saya cakap saya suka perempuan lain, dia terus salahkan saya sebab bagi harapan palsu dan remukkan hati.
“Tapi saya okay je dilabel begitu daripada dia menanggung malu jika dapat tahu tentang masalah bau badan dia. Sesungguhnya saya tak sampai hati. Untuk konteks, saiz wanita tu kecil je, tak gempal pun,” luah lelaki itu dalam dilema.
Melewati ke ruangan komen, warga maya berkongsi pandangan masing-masing mengenai permasalahan yang dibangkitkan itu.
“Ada kalanya orang tu memang tak perasan, sebab daripada kecil dah terbiasa dengan bau badan yang macam tu. Kita yang berkawan atau bercinta dengan dia sepatutnya kena beritahu, lebih baik daripada biar orang sekeliling cakap belakang.
“Jangan terus fikir orang yang ada bau badan ni tak pandai jaga kebersihan, mungkin ia disebabkan oleh masalah hormon. Mandi banyak kali dan letak pewangi macam mana pun tetap akan ada bau.
“Kena bawa dia pergi berubat, mesti ada kaedah rawatan yang boleh dicuba,” kata warga maya.
Baca juga :
Wanita keguguran bayi sulung keluar rumah sendirian, menangis tak tahan mulut mentua
Leave a Reply