{VIDEO} Lelaki tampar isteri dipusat beli belah ditahan

Lelaki yang menampar isterinya di khalayak ramai menerusi rakaman video tular baru-baru ini akhirnya telah ditahan polis pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan berhampiran sebuah klinik di Kota Warisan, kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Beliau berkata, suspek berjaya dijejaki selepas enam hari menghilangkan diri selepas satu laporan polis dibuat ke atas suspek.

“Kami difahamkan selama ini suspek bersembunyi di dalam keretanya bagi mengelak dikesan polis,” katanya.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan kebenaran reman.

Sebelum ini, lelaki itu diburu polis susulan rakaman video tular memaparkan dia menampar isterinya di khalayak ramai di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini.

Perbuatam lelaki itu sempat dirakam orang awam yang kemudian berkongsi rakaman video itu di media sosial.

Norhizam sebelum ini dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Baca juga :

Jururawat reka cerita diculik, dipukul sampai keguguran terbongkar

Takut dikutip ‘scammer’, mahasiswa serah barang kemas ibu RM100,000

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*