Kantoi !!! Lelaki pura-pura lihat barang kemas sebelum samun berjaya ditahan

Seorang lelaki melarikan dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher bernilai RM35,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Mahkota di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.50 petang semasa premis itu ada empat pekerja.

Lelaki yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) melarikan barang kemas bernilai RM35,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Mahkota, Teluk Intan kelmarin.

“Seorang lelaki berpura-pura sebagai pelanggan masuk ke kedai dan minta untuk melihat beberapa utas rantai tangan sebelum ditunjukkan oleh pekerja.

“Bagaimanapun, lelaki itu secara tiba-tiba membawa barang kemas itu keluar dari kedai tanpa membayarnya dan kejadian itu disedari pengadu yang kemudian menjerit meminta tolong,” katanya di sini.

Menurut beliau, suspek dikesan melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Iswara Aeroback milik seorang lelaki berusia 45 tahun yang diparkir kira-kira 50 meter dari kedai tersebut.

“Pemilik atas kereta itu mempunyai empat rekod lampau melibatkan kes dadah.

Bagaimanapun, kata Ahmad Adnan, polis berjaya menahan lelaki itu pada pukul 5 petang semalam di kawasan perumahan di Jalan Lapangan Siber, Bandar Cyber, Ipoh bersama barang kemas yang dilarikan.

“Suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*