Seorang bapa sanggup mengambil risiko meredah banjir setinggi paras dada bagi mendapatkan bekalan susu untuk anaknya.
Menerusi perkongsian isterinya di TikTok @misshaa1, wanita itu merakam tindakan berani suaminya yang pulang pulang ke rumah untuk mengambil susu anak mereka disebabkan kebanyakan kedai tutup ekoran banjir teruk di Kelantan ketika ini.
“Papa redah air (banjir) paras dada nak balik ambil susu anak dekat rumah. Kedai semua tutup. Susu dan pampers (lampin pakai buang) anak habis,” katanya.
Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan suaminya telah selamat kembali ke kenderaan mereka dan berjaya mendapatkan beberapa barang keperluan anak mereka.
“Alhamdulillah adik dah boleh minum susu. Terima kasih yang mendoakan kami,” kongsinya.
Baca juga :
- Banjir kian memburuk, hampir 100,000 mangsa di 8 negeri
- Cuti menteri, timbalan menteri beku sepanjang musim banjir – PM Anwar
- Elak jatuh harga… Netizen sindir sekumpulan lelaki lebih pentingkan RXZ dari nyawa sendiri
Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain dan rata-ratanya sempat menitipkan doa agar mangsa banjir terutama di Pantai Timur diberi kekuatan dan kesabaran.
“Selamatkan semua mangsa banjir ya Allah, permudahkan urusan mereka,” kata Rasyidah.
“Kalau boleh minta bantuan daripada anggota bertugas, bahaya juga redah air banjir begitu. Moga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga dan mangsa yang lain,” ujar Layla.
Leave a Reply