Tragedi Baling: Suami kongsi cerita, isteri sempat pilih nama anak dalam kandungan undang sebak

Tragedi Baling: Suami kongsi cerita, isteri sempat pilih nama anak dalam kandungan undang sebak.

Wanita hamil yang maut dalam kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi, Kupang di sini sempat memilih nama untuk anak lelaki dalam kandungannya.

Tragedi Baling: Suami kongsi cerita, isteri sempat pilih nama anak dalam kandungan undang sebak
Ketiga-tiga jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah di Kampung Charuk Bemban Dalam, pada awal pagi Rabu.

 

Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan ketika itu memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Tragedi Baling: Suami kongsi cerita, isteri sempat pilih nama anak dalam kandungan undang sebak
Khairul Asyraf mendukung jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah pada Rabu.

Suaminya, Khairul Asyraf Nor Azman, 24, berkata, isterinya sangat teruja dengan kandungan pertama berkenaan dan tidak sabar menunggu cahaya mata itu lahir.

Turut baca

“Saya reda dengan semua yang terjadi dan sempat menatap wajah anak lelaki saya sebelum dikebumikan,” katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah di Kampung Charuk Bemban Dalam di sini, pada awal pagi Rabu.

Menurut Khairul Asyraf, isterinya yang tidak bekerja itu sebelum ini meminta kebenaran untuk menjaga ibunya, Salmah Mat Akib,53, yang terlantar kerana lumpuh.

“Dia seorang isteri yang baik dan patuh pada kata- kata saya, dia juga yang minta nak jaga mak saya memandangkan saya bekerja di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman Said,71, berkata, isterinya Salmah yang lumpuh sempat menunjukkan kaki kanannya yang boleh diangkat semula.

“Sebelum ini disebabkan lumpuh kira – kira setahun lebih, kaki sebelah kanan memang langsung tidak boleh digerakkan.

“Tetapi tengah hari pada hari kejadian,sebelum saya keluar rumah, dia panggil saya dan tunjuk kakinya sudah boleh diangkat semula,” katanya.

Abdul Rahman berkata, itu adalah kenangan paling manis yang ditinggalkan oleh arwah isterinya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*