“Semalam layan client dari India atas katil… Wanita ‘diselar’ selepas buat pengakuan panas demi dapatkan projek

LUMRAH dalam dunia pekerjaan, setiap pelanggan perlu dilayan dengan baik kerana mereka adalah sumber yang menyumbang kepada pendapatan syarikat.

Namun, seorang wanita meraih kecaman di platform X apabila membuat pengakuan tentang hubungan sulit yang dijalinkan dengan salah seorang pelanggan.

Menurut wanita itu, dia tidak kisah untuk menyerahkan maruah diri, asalkan pelanggan tersebut bersetuju memberi projek untuk majikannya.

“Saya kadang-kadang bersyukur jadi cantik. Semalam layan client dari India atas katil. Senang dapat projek daripada client tu.

“Bos saya gembira dapat duit, dapat projek. Saya tak kisah orang nak panggil saya b***n asalkan saya dapat capai apa yang saya nak dalam kehidupan,” ujar wanita itu.

Pengakuan panas wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu dikongsi menerusi platform X pada pagi Selasa.

Meskipun tiada butiran lanjut yang dikongsikan wanita itu, pengakuan berkenaan berjaya meraih perhatian netizen sehingga dia teruk dikecam.

Rata-rata netizen meminta wanita itu tidak menggadaikan maruah diri, apatah lagi jika dia seorang yang beragama Islam.

“Astaghfirullah anon ingat dunia ni tempat sementara sahaja.

“Hidup bukan selamanya anon, bekal apa nak bawa ke akhirat?

“Kita tak hidup selamanya untuk hidup bertuhankan duit,” tulis beberapa netizen.

Seorang netizen turut menggelar wanita itu sebagai ‘pelacur korporat’ kerana kesanggupannya menggadaikan maruah demi kerjaya.

Individu lain turut menyelar wanita itu, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman berdepan pelanggan yang gatal ketika bekerja.

“Gila. Sebelum ni aku buat sale kejap. Jumpa client yang gatal-gatal sikit pun aku dah malas layan. Sebab itulah tak dapat close tender dan projek.

“Pening kepala baca. Inikah yang dinamakan beauty privilege?

“Orang lain dapat pencapaian lagi hebat tanpa perlu gadai tubuh pun,” tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan memberi rasuah berupa habuan seks merupakan satu kesalahan jenayah di negara ini.

Malah, setiap umat Islam perlu menjauhi rasuah dan maksiat kerana ia merupakan larangan dalam agama.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*