“Jangan mudah buruk sangka…” Alif Satar dikecam buat konsert di Gereja London, lelaki tampil jawab persoalan netizen

Alif Satar kini sedang mendapat perhatian masyarakat umum, bukan disebabkan program keagaamaan yang selalu dikelolokan olehnya, tetapi disebabkan konsert beliau bersama kumpulan The Locos berlangsung di gereja.

Difahamkan bahawa pada 28 April lalu, Alif Satar & The Locos telah mengadakan konsert di St John’s, Hyde Park, London dalam jelajah United Kingdom yang ditaja sepenuhnya oleh GB Gold.

Bagaimanapun, apa yang kurang senang di mata netizen adalah apabila Alif Satar & The Locos memilih St John’s iaitu gereja sebagai lokasi persembahan mereka.

Seorang netizen di Facebook dengan nama Zack Ramore telah memuat naik satu hantaran yang mengecam tindakan Alif Satar yang seolah-oleh mempersendakan agama.

“Lepas dah puas layan program solat subuh macam jumaat kat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko kat gereja pulak,” katanya.

Kenyataan beliau itu membuka jalan kecaman daripada netizen yang singgah di laman Facebook beliau.

Dengan sebahagian netizen mengecam tindakan Alif, manakala sebahagian lagi mempersoal produksi beliau yang memilih lokasi gereja sebagai lokasi konsert.

Bagaimanapun, seorang individu dengan nama Zaidan Zainuddin tampil menjawab persoalan netizen yang mengecam tindakan Alif Satar & The Locos mengadakan konsert di gereja.

Di Instagram miliknya, Zaidan berkata bahawa orang kita cepat melatah tanpa membuat kaji selidik.

“Orang kita cepat melatah, Isu alif buat concert kat gereja. Hangpa tau dak gereja yg event organizer sewa ni adalah Community center/event space yang memang untuk disewakan,” katanya.

Beliau juga mengaku bahawa pada mulanya beliau terkejut bahawa gereja tersebut dijadikan lokasi untuk Alif Satar & The Locos membuat persembahan, tetapi selepas mengetahui bahawa tempat itu adalah ruang acara dan tiada apa-apa simbol agama, beliau lebih bersifat terbuka dengan pilihan Alif kerana baginya pelopor program Subuh Macam Jumaat ini bukannya orang yang ‘bodoh’ untuk memilih lokasi yang bakal mencetuskan kontroversi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaidan Zainuddin (@zaidan_zainuddin)

“Masa aku pi hari recce sebelum concert day ada ramai kids kat tengah-tengah space ni, depa tengah ada nursery session. Rasa macam pelik la juga, ni gereja ke dewan?

“Mula-mula aku sampai, adalah rasa terkejut buat show sini tapi bila tau tempat ni memang event space dan gereja ni tadak cross pun pasal ia adalah anglican church, so aku paham. Impression aku berubah, betul juga masa aku belajar islamic architecture, masjid sepatutnya jadi community center, tempat orang berkumpul untuk buat aktiviti, bukan saja untuk tempat solat. Kenapa kita ada that narrow minded perspective yang non muslim tak boleh masuk kawasan masjid, Orang islam tak boleh masuk church.

“Macam aku dah cakap sebelum ni Alif tak bodoh sangatlah untuk buat decision bab memilih location performance dia,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*