“Meronta-ronta tak keruan…” Ustaz kongsi cerita, lelaki berdepan masalah lepas hisap vape

SEBAGAI pengamal perubatan Islam, Ustaz Hasnan sudah biasa berdepan pesakit yang terkena gangguan misteri seperti sihir dan saka.

Namun kata perawat itu, dia turut menerima pesakit yang berdepan masalah akibat pengambilan dadah sintetik dan rokok elektronik seperti vape.

Menerusi perkongsian baru-baru ini, Ustaz Hasnan mendedahkan kisah seorang lelaki yang meracau akibat pengambilan vape perisa magic mushroom.

“Dadah flavour magic mushroom. Bahaya serupa kena kerasukan jin. Kes kesembilan kami terima pesakit lelaki berumur 20-an. Kerasukan dan bertindak luar batasan.

“Bila dah rawat dua hari, masih sama lagi. Kami minta waris kepada pesakit menghubungi ambulans dan hantar ke wad kecemasan. Tangan dan kaki kena ikat dekat katil hospital.

“Meronta-ronta tak keruan. Check darah semua negatif dadah. Pening juga pihak hospital. Bagi ubat penenang pun tak jalan,” ujarnya.

Menurut Ustaz Hasnan, lelaki itu juga tidak sedarkan diri selama dua minggu.

Selepas kembali sedar, lelaki itu akhirnya mengaku dia menghisap vape yang menyebabkan dirinya meracau seperti dirasuk.

“Selepas dua minggu baru dia sedarkan diri, seolah-olah dua minggu lepas duduk di alam lain.

“Bila sedar tu, dia mengaku sebelum kena (sakit) dia ada hisap vape perisa magic mushroom. Bayangkan sebelum dia teruk macam kerasukan, dia pernah mengamuk dalam rumah.

“Dia kata orang belakang rumah kutuk dan ejek dia macam-macam. Padahal belakang rumah hutan semak, mana ada orang?

“Anak dan bini nyaris kena terajang. Nasib baik masa tu abang dia ada dalam rumah, pegang dia. Bahaya magic mushroom ni,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok Ustaz Hasnan, ada netizen mendakwa turut berdepan kejadian sama melibatkan keluarga dan kenalan mereka.

“Semua ni berlaku pada keluarga saya sekarang. Ya Allah, kuatkanlah aku.

“Kawan saya pernah kena. Tiba-tiba menjerit dan meracau macam nak gaduh dan ketakutan.

“Kawan kena sekali terus tak nak. Dia cakap roh dengan jasad dia terpisah,” kongsi netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*