{VIDEO} “Ingatkan pencicah keropok lekor” – Wanita kena scam, dapat sambal nasi lemak guna sos cili di bazar Ramadan

Membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan sudah tentu menjimatkan masa dan tenaga

Bukan setakat itu, banyak pilihan yang ada. Senang untuk keluarga yang sibuk, tinggal bungkus dan makan saja di rumah.

Namun, baru-baru ini tular banyak makanan di bazar tidak kena dengan standard penjualan itu membuatkan ramai yang berang. Pernah viral makanan bazar seperti pulut panggang keras, popia keras dan sebagainya yang membuatkan pembeli kecewa dan menyesal.

Seorang wanita membeli nasi lemak di Bazar Ramadan Putra Perdana dan apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sambal nasi lemaknya itu sangat cair. Apabila digaul, sambal itu kelihatan seperti diperbuat daripada sos cili.

Tak berniat untuk tutup periuk nasi peniaga, cuma nak perubahan dalam masakan

Wanita itu juga memberitahu orang ramai yang nasi lemak itu dibeli di salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Putra Perdana. Wanita itu sangat kecewa dan sedih mendapat makanan tak berbaloi.

“It’s only first week of bazaar ramadhan” tulisnya.

“Ingatkan pencicah keropok lekor” – Netizen

Susulan tularnya video itu, rata-rata netizen turut berang dengan peniaga yang menjual makanan sebegitu.

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*